Ahad, 27 Februari 2011

Peranan Institusi Agama di Kariah Anda dan Peranannya.

 


DISEDIAKAN UNTUK:

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 551


DISEDIAKAN OLEH:


AZHAR BIN MOHD DESA
No Matrik : 2010291304

DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN

PROGRAM:
BM222 

KELAS:
BMB 2Bb

TARIKH HANTAR:


3 MAC 2011

Isi kandungan
1. Isi kandungan
2. Abstrak
3. Penghargaan
4. Pendahuluan
5.Konsep Masjid
6. Latar Belakang
7.Kemudahan
8.Aktiviti
9.Cabaran
10.Langkah Mengatasi
11.Kesimpulan
12.Rujukan


 

  
ABSTRAK
Islam merupakan agama yang sempurna dan tinggi kedudukannya. Nilai-nilai Islam perlu dilaksanakan untuk mengecapi sebuah masyarakat yang aman dan tenteram. Ia merupakan salah satu keperluan yang amat penting bagi seluruh umat manusia di muka bumi ini. Ini adalah untuk memenuhi kehendak naluri manusia. Salah satu cara untuk memenuhi kehendak ini adalah melalui pembentukan institusi agama yang penuh dengan peranan yang sepatutnya wujud . Justeru itu Islam menyediakan satu garis panduan yang merangkumi asas-asas untuk memimpin manusia mencapai kebahagiaan yang mereka mahukan sekali gus mendapat keredhaan Allah swt.
 
           Peranan institusi agama amat penting bagi umat Islam. Malah kepentingannya dapat dirasa oleh semua golongan di atas muka bumi ini. Ada yang mengatakan bahawa institusi agama diperlukan untuk faedah masyarakat bermusyawarah, beribadat secara berjemaah seperti masjid. Adapula yang mengatakan institusi agama diperlukan untuk mengajar hal-hal agama ataupun ukhrawi contohnya sekolah agama.



PENGHARGAAN


 Assalamualaikum..
    
     Pertama sekali, bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya dapat telah dapat menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. 

     Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah CTU 551 saya iaitu Ustaz Abdul Aziz Harjin di atas kesudiannya memberi tunjuk ajar tepada saya tentang cara-cara serta format untuk  menyiapkan kerja ini.

     Selain itu, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada setiausaha Masjid Ridwaniah  iaitu Haji Nasri Bin Haji Hashim kerana sudi meluangkan sedikit masa bersama saya bagi membantu memberi info dan maklumat mengenai masjid ini.

     Akhir sekali, tidak lupa juga kepada ahli-ahli qaryah Masjid Ridwaniah Sungai Batu  serta orang-orang sumber yang telah banyak membantu  saya secara langsung atau tidak langsung dalam proses menjayakan kerja kursus ini. Saya berharap  hasil daripada kajian saya dalam kerja kursus  ini akan memberi  faedah serta dapat dikongsi bersama seluruh umat Islam yang lain.




PENDAHULUAN 

Di dalam sejarah kebangkitan tamadun Islam, masjid 
merupakan institusi yang penting dan menjadi sebuah aset serta  simbol utama bagi umat Islam. Dewasa ini,masjid bukan hanya sebagai tempat menunaikan solat semata-mata.  Malah, seiring dengan era globalisasi, masjid kini memainkan peranan yang lebih baik dan luas seiring dengan peredaran masa.
  
Rasulullah saw bersabda, Barangsiapa membangun dari harta yg halal sebuah masjid untuk 
Allah maka Allah mesti membangunkan rumah untuknya di Syurga”.

Tujuan esei ini ditulis adalah untuk menyelesaikan  tugasan dalam kerja khusus yang ditugaskan saya oleh pensyarah Ctu 550 saya , iaitu Ustaz Abdul Aziz Harjin.  Oleh itu, saya telah memilih untuk menulis tentang Masjid Ridwaniah sebagai tugasan  saya pada kali ini.

Skop dalam penulisan esei ini merangkumi sejarah dan penubuhan masjid ini serta peranannya sebagai sebuah institusi yang penting dalam masyarakat ini.  Institusi masjid itu sendiri adalah merupakan tempat ibadah terpenting bagi umat Islam dan merupakan tempat umat Islam melakukan amal ibadah seperti solat, berzikir dan membaca al-quran.  Walau bagaimanapun, peranan masjid kini adalah lebih luas dan bukan hanya sebagai tempat beribadah semata-mata. Malah, masjid memainkan peranan yang penting pada masa kini sebagai pusat perbincangan, menimba ilmu dan sebagainya seperti pada zaman Rasulullah S.A.W.

Saya berharap agar hasil kajian yang saya lakukan ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi kepada setiap umat Islam yang membacanya.  Selain itu, harapan saya adalah peranan masjid akan terus diperkembangkan dan dipelihara oleh masyarakat dewasa ini kerana kita seharusnya menjaga rumah Allah dan memelihara kesuciannya.

Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita bertanggungjawab dalam megimarahkan dan membangunkan masjid kita yang menjadi kemegahan agama Allah.  Tambahan pula, kesucian dan kemegahan masjid haruslah dipelihara agar menjadi lambang keunggulan agama Islam.

Rasulullah SAW memaksimumkan masjid bukan tujuan ibadah khususiah semata-mata bahkan hal-hal yang melibatkan pemerintahan, perundangan, ekonomi dan sosial turut dilibatkan. Mujur sahaja Jumaat kita diwajibkan. Hari ini, malangnya masjid kita kosong dan surau kita kosong tak bertuan. Dari setinggi-tinggi pangkat sehingga yang paling rendah sekalipun. Malah persatuan-persatuan yang memperjuangkan suara-suara perpaduan pun tidak melihat masjid atau surau sebagai institusi perpaduan. Masjid dan surau hanya jadi tempat cicak dan lipas bersanggama membiak keturunan. Yang sembahyang di pejabat, itulah sahaja tempat tonggang-tonggeknya, yang sembahyang di rumah, di rumah sahajalah tempat tonggang-tonggeknya langsung tiada sentuhan ukhwah, langsung tiada berselisih bahu sujud dan rukuk kepada Tuhan yang satu. Itu belum lagi yang langsung memulau masjid dan surau, hanya bertemu pun, berselisih pun seminggu sekali sahaja.  Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula kesedaran, membuangkan segala kelemahan menginsafi dengan pengetahuan agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan.Tempatnya tidak lain, bukan jauh pun, iaitu di rumah Tuhan (masjid).

Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74 yang bermaksud:
 “Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia”.


KONSEP MASJID


     Terdapat pelbagai pengertian  dan definisi masjid yang dapat diperoleh dari pelbagai sumber seperti kamus dewan, pendapat para ulama dan sumber utama iaitu Al-quran.
Masjid atau mesjid pada dasarnya adalah rumah tempat ibadah umat Islam. Pengertian masjid ialah tempat sujud, dan masjid yang kecil juga disebut musholla, langgar atau surau. Pada dasarnya, masjid yang tidak dilakukan solat jumaat di dalamnya dipanggil surau dan musholla.

     Selain menjadi tempat beribadah, masjid juga merupakan pusat kehidupan komuniti muslim. Masjid menjadi tempat aktiviti-aktiviti dan kegiatan-kegiatan perayaan hari besar, diskusi, kajian agama, ceramah dan belajar Al Qur'an dijalankan. Bahkan dalam sejarah Islam, masjid turut memegang peranan dalam aktiviti sosial kemasyarakatan termasuk aktiviti ketenteraan.


     Pengertian masjid dari sudut bahasa pula bermaksud  tempat sujud dahi. Dari sudut syara’ pula ialah bermaksud setiap tempat daripada permukaan bumi. ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang berbunyi : 


جُعِلَت لِي الأَرضُ مَسجِدًا


(رواه البخاري)



Maksudnya: “ Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid ( tempat bersujud )”


(Hadis riwayat Bukhari)


Manakala dari sudut istilah ialah : “ Tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang .” (Mu’jam Lughat Al-Fuqaha’ : 428 dan I’lam As-Sajid bin Ahkam Al-Masajid: 26-27)

     Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.



 Latar Belakang Masjid Ridwaniah


 


MASJID RIDWANIAH SUNGAI BATU, TELOK KUMBAR DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG.
    
     Masjid ini dibuka pada 10 November 2006 dan dibina dengan kos sebanyak RM5.4 juta.  Pembinaan masjid ini bertujuan bagi menegakkan syiar Islam dan menjadi simbol perpaduan ummah bagi penduduk daerah barat daya terutamanya bagi penduduk sekitar Telok Kumbar. 
Masjid ini telah dirasmikan oleh TUAN YANG DIPERTUA TUN DATO’ SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS, S.M.N, S.P.D.K, D.P, D.M.P.N, D.J.N.
( YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG)

     Masjid Ridwaniah dapat menampung seramai 1500 orang jemaah dapat bersembahyang dalam sesuatu masa.  Masjid ini dibangunkan berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar. Bahagian hadapan ialah ruang solat dan bahagian belakang dijadikan tempat ceramah kursus dan ruang makan. Masjid ini juga telah berjaya mendirikan sebuah sekolah agama iaitu Sekolah Agama Ridwaniah Sungai Batu yang terletak bersebelahan dengan masjid. Lokasinya yang strategik telah menarik ramai orang untuk singgah  ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

     Masjid ini dipengerusikan oleh Haji Ramli Bin Din sambil dibantu oleh timbalan pengerusi iitu Haji Abdul  Aziz bin Din.Selain itu,Hahi Nasri bin Haji Hashim telah menjawat jawatan selaku setiausaha.Di sini adalah
senarai 10 orang ahli jawatankuasa tertinngi di dalam  Qaryah Masjid Ridwaniah.

1.Haji Ramli bin Din                              -         Pengerusi
2.Haji Nasri bin Haji Hashim                  -         Setiausaha
3.Haji Zakaria bin Haji Ismail                 -         Bendahari
4.Encik Mohamad bin Yaacob                -         Ketua kawasan    
5.Haji Jamaluddin bin Sirun                    -         Ahli Jawatankuasa
6.Encik Subli bin Yob                            -         Ahli Jawatankuasa
7.Ustaz Aznan bin Haji Ahmad               -         Ahli Jawatankuasa
8.Encik Anuar bin Mohd Ali                   -         Ahli Jawatankuasa
9.Encik Abdul Wahab bin Mohd Amin    -         Juru Audit
10.Haji Ismail bin Che Mat                     -         Juru Audit

    Masjid Ridwaniah mempunyai seramai 5 orang imam, 3 orang bilal, dan 6 orang siak. Selain itu,masjid juga telah menubuhkan biro-biro tertentu yang mempunyai peranan yang tersendiri.Misalnya Biro Ekonomi Dan Pembangunan ,Biro Pendidikan Dakwah, Biro Hal Ehwal Pemuda,Biro Jenayah, Biro Kebajikan Dan Perkuburan,dan Biro Wanita.Mesyuarat agung akan diadakan bagi membuat pemilihan bagi setiap jawatan yang dinyatakan.Mesyuarat agung Masjid Ridwaniah sesi 2009 telah diadakan pada 28/2/2009.


 

Kemudahan Yang Terdapat di Masjid Ridwaniah

     Banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak qaryah masjid kepada jemaah yang datang ke masjid.Antara kemudahan yang terdapat di dalam masjid ialah tempat letak kenderaan yang luas.Para jemaah yang datang ke masjid tidak perlu bersusah payah mencari tempat meletakkan kenderaan yang mungkin boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.


     Kemudahan lain yang terdapat di dalam masjid ialah tempat memasak (jika terdapat majlis yang dianjurkan di masjid.Misalnya jika terdapat sebarang aktiviti yang dilakukan oleh pihak masjid seperti moreh pada bulan Ramadhan,masyarakat kampung dapat bersama-sama berganding bahu memasak beramai-ramai.


     Selain itu,pihak masjid turut menyediakan tempat mengambil wuduk yang banyak bagi menampung jemaah yang ramai datang ke masjid khususnya ketika solat fardhu Jumaat dan sewaktu Solat Aidilfitri.Dengan adanya kemudahan mengambil wudhuk yang banyak para jemaah tidak perlu bersesak atau menunggu lama mengambil giliran.


     Kemudahan lain yang turut disediakan oleh pihak qaryah masjid ialah kemudahan telekung dan  juga sejadah.Hal ini memudahkan kepada jemaah  khususnya wanita musafir yang tidak membawa telekungnya sendiri.

     Salah satu kejayaan Masjid Ridwaniah juga ialah masjid telah berjaya membina sebuah  sekolah agama khas untuk para anak-anak qaryah Sungai Batu yang berumur dalam lingkungan 5 ke 6 tahun.Dengan ini dapat dilihat betapa komitednya pihak masjid  dalam memperkenalkan Islam di mata anak-anak kecil.


Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan Di Masjid Ridwaniah


     Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh qaryah masjid untuk menarik lebih ramai lagi jemaah untuk datang ke masjid.Antara aktiviti yang dijalankan pada setiap hari ialah kuliah  mingguan agama yang dikendalikan  oleh pihak masjid itu sendiri atau mejemput penceramah dari luar.Kebiasannya kuliah agama akan dijalankan selepas solat fardhu Maghrib dan  fardhu Isyak.Ramai jemaah akan meluangkan masa untuk mendengar kuliah agama bagi menambah ilmu ukhrawi.


     Selain itu, aktiviti lain yang dijalankan oleh pihak masjid ialah menganjurkan majlis tilawah Al-Quran setiap tahun.Kebiasaannya majlis tilawah Al-Quran akan disertai oleh warga penduduk Teluk Kumbar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.Tambahan lagi, dengan adanya majlis sebegini pihak masjid dapat mencungkil bakat yang ada untuk diketengahkan.


     Bagi merapatkan ukhuwah di kalangan masyarakat di sini,aktiviti gotong royong telah dijalankan bersama penduduk Sungai Batu bagi membersihkan sekolah agama,masjid dan kawasan perkuburan.Kebiasaannya aktiviti gotong-royong akan dijalankan 2 kali setahun yang melibatkan semua penduduk Sungai Batu.


     Aktiviti lain masjid ini ialah melaksanakan ibadah korban pada Hari Raya AidilAdha.Ramai penduduk kampung khususnya kaum lelaki akan menjalankan kewajipan mereka sebagai umat Islam dengan melakukan ibadah korban iaitu melapah lembu ,kerbau,dan juga kambing.Kebiasaannya dianngarhan  sebanyak 15 ekor lembu akan  dikorbankan. Kaum wanita akan turut membantu dengan memotong daging korban untuk diagihkan kepada senua penduduk di sini.
 
     Sepanjang  bulan Ramadhan pula,pihak masjid akan mengadakan majlis berbuka puasa.Ramai penduduk akan pergi ke masjid untuk berbuka puasa bersama-sama dan seterusnya menunaikan solat Maghrib,Isyak dan juga Solat Tarawih secara berjemaah.Pada akhir solat terawih akan diadakan sedikit moreh kepada jemaah di sini.

     Secara umumnya , masjid ini mempunyai peranannya yang tersendiri . Antaranya ialah ,secara umum masjid ini merupakan tempat beribadah seperti menunaikan solat dan berzikir .Selain itu, masjid ini juga merupakan  pusat ilmu, seperi mengaji Al-Quran dan mempelajari ilmu fardhu ain. 

     Di samping itu, masjid ini juga merupakan tempat kebajikan dimana musafir boleh singgah untuk berehat di masjid ini , dan masjidjuga  tempat untuk membayar  zakat . Acara akad nikah juga dijalankan di Masjid Ridwaniah kepada sesiapa yang ingin mendirikan rumah tangga sekaligus mengelakkan daripada berlakunya aktiviti tidak bermoral terutamanya dalam kalangan golongan muda.


Cabaran-Cabaran yang  Dihadapi oleh Masjid Ridwaniah



     Namun begitu, setiap masjid juga mempunyai masalah-masalahnya yang tersendiri.Antaranya ialah masjid telah menghadapi masalah dalam memperluaskan tanah perkuburan.Ia berpunca daripada pembangunan yang semakin ketara telah menyebabkan kekurangan tanah untuk meluaskan  tanah perkuburan di sini.Bagi mendapat kelulusan meluaskan tanah perkuburan ,pihak masjid perlu melalui banyak prosedur daripada pelbagai pihak. Bagi meluaskan tanah perkuburan masjid akan memerlukan banyak peruntukan kewangan.Dijangka tiada kubur dapat digali 5 tahun lagi sekiranya tiada tindakan yang dilakukan.Tambahan lagi,bilangan penduduk di Teluk Kumbar semakin meningkat dari hari ke hari.


      Cabaran lain yang dihadapi oleh Masjid Ridwaniah ialah kurangnya jemaah yang datang menunaikan solat di masjid terutamanya di kalangan golongan muda.Hal ini disebabkan oleh ramainya pemuda yang berhijrah ke bandar.Selain itu masih ramai yang tidak sedar pentingnya untuk melakukan ibadah solat di masjid.



      Masalah lain yang dihadapi oleh qaryah masjid ialah masalah kecurian duit tabung dan selipar di masjid.
Hal ini menyebabkan masjid mengalami masalah dalam kewangan sekaligus merencatkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak masjid. Bagi kes kecurian kasut pula,telah menyusahkan jemaah yang ingin pulang ke rumah.Selain Itu,kes ini juga akan memberi impak yang negatif sekaligus tidak ramai yang akan datang ke masjid.


 Langkah-langkah Mengatasi


      Pihak qaryah ,masjid telah mengusulkan pelbagai cadangan ketika dalam mesyuarat masjid berkenaan.Antara cadangan yang telah diusulkan oleh jemaah ialah memasang cctv atau litar tertutup bagi mengurangkan masalah kecurian harta benda masjid.

     Bagi masalah kekurangan tanah kubur,pihak masjid telah mengadakan pertemuan pihak-pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.Selain itu pihak masjid juga turut menerima sumbangan daripada pihak swasta mahupun individu-individu tertentu.

Kesimpulan



     Masjid bukan sahaja tempat untuk menunaikan solat semata-mata tetapi juga sebagai tempat menyebarkan dakwah dan ilmu Islam kepada manusia.Tambahan lagi, masjid juga memainkan peranan yang penting dalam  merapatkan hubungan sesama umat Islam.

     Oleh itu,marilah kita sama-sama memeriahkan masjid di sekitar kita agar kita dapat turut sama memainkan peranan dalam menyebarkan dakwah Islam di muka bumi Allah ini.

Wassalam...

RUJUKAN 

 1.Ustaz Abdul Aziz bin Harjin- 
Pensyarah CTU 551

2.Haji Nasri bin Haji Hashim-
Setiausaha Masjid Ridwaniah.

3.Mohd Desa bin Yusoff & Zaliha bt Yob-
Ayah & Ibu

4. Nur Aisyah bt Abdul Ghani-
Rakan Sekerja